Khamis, 24 Mei 2012

Misai kucing dan loop lunch

Alhamdulilah sudah seminggu aku merana sakit-sakit badan dan kepala, tak kurang juga terasa badan keletihan akibat kerja yang memeningkan dan melambak di opis... Terasa bagun pagi amatlah letih walau pun tidur awal..... Tekanan darah pun semangkin naik membuat kan kerisawan aku bertambah..ia lah kalau biasanya aku pening kepala dan aku tidur sekejap sudah memadai..hilang lah sakit nya, ini tidak semangkin aku tidor lelapkan mata dan rehat kan otak semakin sakit jadi nya......

Jadi jalan penyelesayan nya ahad lepas aku beli lah teh herba Misai Kucing, ini pun hasil nasihat member satu opis aku.....tentang khasiat misai kucing.... 2 hari aku mencuba, mengantikan hidangan kopi blend dengan teh herba untuk minuman penghilang dahaga masa berkerja, hasilnya alhamdulilah sakit kepala dan sengal-sengal badan aku berangsur pulih.. Bangun tidur seawal pagi pun takade masalah keletihan....terima kasih kawan.....atas nasihat.
Secawan teh herba Misai Kucing......Azim
Hal misai kucing ini menjadi terbawa-bawa sorang-demi sorang kengkawan aku mencubanya... supplier tak susah kerana product ini mudah didapat....Hari ini dah masuk 4 orang mencuba teh herba misai kucing  ni..he..... sihat untuk meneruskan hidup.....bukan nak sihat kerana takut mati.....kerana janji Allah kematian tidak akan dilengah kan walau pun sesaat......

KHASIAT :
  • Membantu merawat masalah batu karang,
  • Membersihkan saluran kencing dan sakit waktu hendak membuang air kecil,
  • Membantu mereka yang menghadapi masalah keputihan,
  • Melancarkan sistem peredaran darah,
  • Dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah (punca penyakit darah tinggi),
  • Menurunkan kadar gula berlebihan ( penyakit kencing manis atau diabetes)
  • ...dan juga penyakit lain seperti sakit sendi (arthritic), Reumatik (rheumatoid), Kencing Kotor (urinary infection) dan masalah-masalah berkaitan dengan seks (sexual problems) 


~sekian~ 

Selasa, 22 Mei 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Minggu yang sedih, salah sorang kenalan dan kawan (saudara Azizi) bergurau bagi menghilangkan stress berkerja telah ... dijemput Allah .... Dipagi isnin terkejut apabila membaca e-mail dari HR tentang hebahan permergian beliau.

Semoga Allah meletak kan beliau bersama-sama mereka yang diberi nikmat...insyaAllah. Dan kepada akhli keluarga arwah terutama Istri dan anak-anak ....bersabarlah sesungguhnya ini adalah ujian dari Allah.

Arwah Berbaju hitam (aladin)

Takziah dari Sehastamungkin


Sabtu, 12 Mei 2012

HR Steak House - Kampung Baru

Cuti hujung minggu sememangnya aku tunggu-tunggu, bukan nya apa cuma hendak bersama keluarga tersayang. Wife aku lagi la time ni lah dia nak berjalan ialah berkerja dirumah sibok dengan kerenah anak-anak dan kerja-kerja dirumah. Jadi memandangkan aku sudah lama tidak makan makanan western, maka malam ahad lepas aku seiok mengoogle mana-mana restoran western yang melayankan..... cari punya cari jumpa lah di area Kampung Baru. HR Steak House, No. 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, KL. Restoran ni memang terkenal dengan menu steak nya. Malam ini kita makan steak ........Ok...jom bersiap..

HR Steak House
Sesampai je....di restoran ini kira-kira 45minit perjalanan aku dari rumah...HU...terperanjat...ramainya orang.., ialah ini minggu gaji katakan ramai lah yang penuh kocek dan membawa akhli keluarga makan makanan di luar. Sesampai nya di HR steak house aku terus mencari meja...aduhai....penuh semuanya jadi kena lah Q dulu ..tidak berapa lama lebih kurang 10~15 minit baru dapat meja.... Meja aku berdekatan dengan aquarium kecil ...ikan emas je bulat-bulat seronok anak-anak aku dibuatnya...aku lah yang rasa pening apataknya ramai nya orang.....

Selang beberapa minit aku berehat di meja sambil memandang menu pesanan dimeja tetami lain ..datanglah seorang pelayan bagi menu....dan beredar. Wah banyak nya menu steak kedai ni...seronok rasa hati..berbunga-bunga ......((@. Tetapi bunga tak kembang lama datanag kembali pelayan tadi dan mengambil order...aku dengan suka hati memesan lah menu yang aku idam-idam kan..nak tahu apa dia kata .."mintak maaf bang hari ni ada menu ini..ini..ini..dan ini sambil menunjuk kearah menu-menu itu. Aku tanya kenapa yang ini tak ada...dia menjawab hari ini ramai orang bang tak sempat nak masak.....tak cukup kaki tangan....jawab aku ..OOOOOOOOOOOOOOOO ia ke.."tak pa lah nanti lain kali datang boleh order. Jadi aku order lah.... untuk anak-anak bujang aku chicken chop dan aku lamp chop wife aku original steak........Minuman macam biasa ..mengikut selera anak-anak aku lah...dan aku Nes-O suam..he..he...

Layan....sampai licin
Di sini aku tak dapat nak terang kan dengan lebih teperinci tentang HR Steak House, kerana sedang makan pun ada sekeluarga menunggu meja aku...dah macam game kejar-mengejar kerusi pulak cuma muzik je tak de..he..jadi inshaAllah kalau ada rezeki dan umur aku datang lagi kedai ni dan cerita panjang-panjang ...bab harga jangan segan..berpatutan.......

Nota: Cerita ini seminggu yang lalu.....lambat post...he..he..

~sekian~

Rabu, 9 Mei 2012

Jalan-Jalan LRT KL

Hari ini aku MC jadi peluang mc ini aku ambil untuk update blog, banyak cerita-cerita yang aku nak kongsi bersama dah pun menjadi basi, apa tak nya masa tak mengizin kan aku berblog. Hari ini aku nak berkongsi dengan kengkawan blogger aku tentang pengalaman aku dan anak-anak aku mengembara. Bukan jauh sangat pun KL je..tapi kali ni agak berbeza perjalanan pengembaraan kami kali ini dengan menaiki public transport iaitu LRT. Lama rasanya tak menaiki perkhidmatan awam LRT ni jadi agak kekok sikit lah...mna nak beli ticket, mana nak merujuk haluan perjalanan dan yang paling kelakar mencari mintu masuk ..he..he... dah macama rusa masuk kampung jadinya.

Perjalanan kami dimulakan dengan bersarapan pagi, kali ini kami bersarapan di batu 16 jalan Rawang Selayang berhadapan pam minyak BP. Makanan yang dihidangkan bermacam-macam jenis dan kesemuanya dihidangkan ala-ala bufe. Yang special disini nasi lemak kukus bersama ayam goreng kampung berempah... memang sedap...cuma agak kalang kabut sebab ramai orang berkunjung....

Nasi Lemak Batu 16 jalan Rawang Selayang
Selepas perut kenyang diisi barulah kami bertolak ke KL. Sesampainya di KL perjalanan station ke station di mulakan. Stasion pertama adalah station LRT Ampang park, aku park kereta di public packing bersebelahan dan berjalan kaki ke station LRT Ampang park. Beli token perjalanan, sekarang dah tak guna ticket dah guna token, berebut anak-anak aku merebut token. 

Jalan-Jalan LRT Kuala Lumpur
Station seterusnya, Station Pasar seni. Lama tak ke pasar seni rasanya dahdekat 4~5 tahun lah....last aku merayau kat pasar seni ni masa sasi photographer dengan kenkawan photographer aku lah geng Alang dan geng Abg Mdnoh. Banyak dah berubah...yang paling ketara kereta lembu to lah ..dah hilang dari pandangan, kalu tak dari jauh dah nampak kereta lembu tu.. sudah ada konopi Waw lagi....dan medan selera nya juga dah berubah...dah macam restoren hailam dah... apa-apa pun penat berjalan kami singah sekejap ke medan selera pasar seni untuk basah kan tekak, nak makan perut masih kenyang...he..he.... 

Perbagai barangan  cendramata
Nak cerita Pasar seni ini....sikit, Pasar seni ini mengikut pandangan aku lah tempat di mana banyak karya seni tanah air di pamerkan dan di jual...ada keris, batik, tukangan kayu dan alat-alat muzik tradisional..dan yang paling top adalah perkraya-karya lukisan memperagakan hasil seni oil-panting dan sebagainya. Tapi kali ini lain pulak rasanya ...ia lah banyak yang diperagakan adalah hasil seni dari negara jiran....contohnya topeng, ukiran patung budah...em...tak kesah lah...asalkan tenunan songket dan batik Terengganu itu masih dikekal kan sudah.......munkin tak cukup bahan untuk dipamirkan jadi tangkap muat...asal untung.
Medan selera Pasar seni....
Destinasi seterusnya dan terakhir adalah KLCC lah... bukan apa sangat tempat ni saja nak mencari tempat ber-aircon, ialah si Muas dah basah lencun muka naik merah udang bakar ....menahan panas....sampai tempat sejuk ni relax la sikit... habis pusing-pusing sejuk kan badan ...terus balik ke station Ampang park dan mengakhiri Jalan-Jalan LRT KL. hu..hu.....

~sekian~ 

Sabtu, 5 Mei 2012

Dah siap dah gambar di frame kan


Gambar anak-anak aku yang sudah siap di frame kan. frame aku beli je kat ikea murah dari antar kedai frame gambar. Ada lagi koleksi gambar-gambar yang aku belum print ......nanti dah print dan dah frame aku  post kan.

~sekian~

Jumaat, 4 Mei 2012

Kenapa sendiri?

Topik hangat apabila salah sorang akhli loop e-mail opis aku ...layan tengok wayang sorang-sorang.! apa-apa pun bagi aku biarlah mungkin nak layan tension.

ok geng enjoy yor movie.!

~sekian~

Khamis, 3 Mei 2012

kali pertama.....aku layan sambil baring atas perut

Ini kali pertama aku menulis blog aku ni mengunakan samsung tab....he..he.. seronok pulak rasanya, sambil melepak atas katil pulak tu....kalau dulu kena mengadap laptop aku...tapi now siap guling...guling lagi.....

~sekian~

Rabu, 2 Mei 2012

Akhirnya ...........................

Alhamdulilah hajat DGFE aku tercapai jugak...akhirnya...


Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Hari Buruh 2012

Selamat Hari Buruh 2012
Aku tujukan buat aku dan semua buruh2 di Malaysia.