Sabtu, 28 Mei 2011

Cuti sekolah pengal ke 2

Salam, lama rasanya tak bersiaran kat ruangan Sehasta Mungkin tempat aku mengarut ni. Bukan apa, bukan kerana tak nak menuis banyak yang aku nak menulis kat ruangan ni cuma masalah ganguan internet kat kawasan rumah aku ni...hai 3G aku problem puas aku call syarikat internet ni rasa macam dah aku hafal nombor2 ni. sekali call 2 kali call 3 kali call last2 mereka call kata cable kat pencawang sekitar rumah aku ni dicuri, aduh.........masalah betul nak tahu apa mereka kata, kena tunggu 3 bulan tu..baru dapat di soft kan problem aku ni. Kena cari internet baru lah ni.....

Malam ini tujuan aku menulis ni sebenarnya nak cerita sikit mengenai kampung tercinta aku ni..kempesatan kemajuan tahun demi tahun sehinggakan kampung aku pun terlibat sama. Banggunan yang dulu hanya 2, 3 tingkat sehingga kan kini bangunan 5 tingkat macam cendawan bercambah selepas hujan. Bukan apa bukan tak suka dengan kemajuan tapi terlalu pantas sangat kemajuan nya ....Bukan apa kesian dengan mak bapak aku kat kampung ni ..barang makin naik harga, kos harga dan sewa rumah makin naik ..... harga tanah melambung sehingga mencecah 2 juta se ekar ...itu pun kalau tanah betul2 sebelah jalan besa.

Satu lagi nak cerita tentang kampung aku ni, ingat lagi 20 tahun dulu, nak makan fast food amat lah susah kena naik bas 20 km baru dapat makan KFC atau Mc, tapi kini ha....tinggi melangit icon syarikat fast food. Dah lah sebeso2 bangunan dekat pulak tu hanya sejauh 500 m je dari simpang masuk kampung aku.

Ish ...aku rasa la kan 10 tahun lagi kat kampung kau ni mesti ada monore ke LRT ke kalau tak pun ada lapangan terbang, segalanya mungkin. Kalau macam ni lepas pencin aku balik kampung bukak kedai nasi lemak je lah.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan