Jumaat, 1 Julai 2016

Lemang

Bahan Membuat Lemang:
  • Lebih kurang Sekilo (1kg) Beras pulus
  • 4 biji kelapa yang santannya diperah
  • Buluh lemang yang siap dipotong
  • Daun Pisang
  • Garam yang secukup rasa

Resepi Cara Membuat Lemang (step by step):
  • Mula-mula basuh beras pulut sehingga agak-agak bersih, buang airnya.
  • Selepas itu, potong daun pisang tadi dan masukan ke dalam buluh lemang mengikut saiz buluh lemang itu.
  • Kemudian masukan beras pulut tadi ke dalam buluh lemang. Jangan masukan penuh-penuh, tapi tinggalkan ruang sedikit.
  • Selepas itu, sila masukan garam secukup rasa ke dalam santan dan kemudian tuangkan ke dalam buluh lemang tadi.
  • Hidupkan api sederhana besar dan bakar buluh lemang berisi pulut tadi. Sila terbalikan buluh lemang itu setiap 10-15 minit bagi memastikan bahagian yang masak adalah sama rata.
  • Teruskan bakar sehingga lebih kurang 2 jam bagi memastikan lemang itu benar-benar masak.
  • Akhir sekali, boleh angkat buluh lemang dan siap untuk dimakan.
From KAKIPROMO.COM

Ahad, 12 Jun 2016

Semprot Booster dari NWH

Baja organic resepi organic swmprot dari NWH

Pasti tertunggu2 bagaimana menyediakan Semprot Booster. Ikuti langkah mudah ini..

1. Bahan A
- Nenas
- Kangkong
- Pisang
- Belacan
- Air 50 liter

Bahan B
1. Telor
2. Susu segar
3. Gula Merah

Bahan C
1. Labu manis
2. Ragi

Bahan A diblender kasar dengan air hujan/ tanpa klorin dan dimasukkan dalam tong.

Kemudian masukkan Bahan B dan kacau sehingga betul2 sebati

Akhir sekali susun labu manis di atas larutan dan letakkan ragi. Tutup tong dengan kemas menggunakan penutup kedap udara. Simpan selama seminggu.

Kita tunggu hasilnya seminggu lagi..


..........................................................................................................................

Hari ini NWH nak buat Semprot Booster ilmu dari puan NWH

Kebaikan Semprot Booster
1. Mempercepatkan pertumbuhan pokok
2. Dapat meningkatkan 20% - 30% hasil tanaman
3. Dapat menjimatkan baja
4. Mempercepatkan tempoh masa pembungaan
5. Memanjangkan tempoh hayat tanaman
6. Meningkatkan ketahanan penyakit.

Bahan bahan
1. Susu segar 5 liter
2. Ragi 5 ketul
3. Pisang 5 kg
4. Labu 5 kg
5. Betik 5 kg
6. Kangkong 3 kg
7. Belacan 3 kg
8. Telor 10 biji
9. Gula merah 3 kg
10. Nenas 5 kg
11. Air 50 liter

# jika ingin buat sedikit bahagi sahaja bahan2 di atas mengikut keperluan anda..