Jumaat, 1 Julai 2016

Lemang

Bahan Membuat Lemang:
  • Lebih kurang Sekilo (1kg) Beras pulus
  • 4 biji kelapa yang santannya diperah
  • Buluh lemang yang siap dipotong
  • Daun Pisang
  • Garam yang secukup rasa

Resepi Cara Membuat Lemang (step by step):
  • Mula-mula basuh beras pulut sehingga agak-agak bersih, buang airnya.
  • Selepas itu, potong daun pisang tadi dan masukan ke dalam buluh lemang mengikut saiz buluh lemang itu.
  • Kemudian masukan beras pulut tadi ke dalam buluh lemang. Jangan masukan penuh-penuh, tapi tinggalkan ruang sedikit.
  • Selepas itu, sila masukan garam secukup rasa ke dalam santan dan kemudian tuangkan ke dalam buluh lemang tadi.
  • Hidupkan api sederhana besar dan bakar buluh lemang berisi pulut tadi. Sila terbalikan buluh lemang itu setiap 10-15 minit bagi memastikan bahagian yang masak adalah sama rata.
  • Teruskan bakar sehingga lebih kurang 2 jam bagi memastikan lemang itu benar-benar masak.
  • Akhir sekali, boleh angkat buluh lemang dan siap untuk dimakan.
From KAKIPROMO.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan