Rabu, 11 September 2013

Hobi lama digilap kembali

Dah berbulan tak menjenguk ruang sembang merapu aku ini, kawan-kawan pon sudah bertanya-tanya(takdak post baru ka, dalam sehasta mungkin) aku jawab senang je...nah paswword korang update sendiri, aku sibok tak dak masa nak pandang scrin pc kat umah. Ia lah ini semua angkara smartfon ditangan hendak berface book baca forem dan bagai-bagai semua dihujung jari.

Apa yang menarik hari ini membuatkan aku adakan masa depan PC aku ini, lain tak bukan hobi lama yang di gilap kembali. Ala hobi ini zaman kanak-kanak kita biasa buat...nak tahu apadia? Setem la apa lagi. Seronok dapat tenung setem lama-lama rasanya hendak mengumpul balik aduhai siksa. Aku simpan setem MINT sahaja (setem yang belom digunakan) itu pon kalau mudah dan murah didapati. Kalau yang dah berpuluh harganya tu, mintak maaf la yang use pon tak kesah.

Cerita pasal kumpul setem ni rupa-rupanya bukan aku sorang sahaja yang gila, ada lah geng-geng lunch dan merapau opis aku, lagi seronok lah. Aku dah mengilap hobi lama ini dalam beberapa tahun lalu rasanya 2010 itupun aku simpan FDC (first day cover). Belom menimbun kolesi aku, aku dah stop atas beberapa pekara, sebenarnya malas nak beratur kat pos opis, sebelum ni kirim wife member aku je sebab dia staf pos opis cawangan Gombak.

Ok dan sekarang ni dah mudah POS Malaysia pon ada beberapa kemudahan yang memudahkan pengumpul setem ini mendapatkan keluaran setem yang dikeluarkan, iaitu order melalu ia akaun SODA. Mudah dan menjimatkan masa hanya dihujung jari.

Untuk keluaran-keluaran yang aku tertinggal terpaksalah aku dan geng-geng menyerbu kedai-kedai setem di sekitar lembah kelang, antara yang populer adalah di Amcom mall, Imbi plaza, plaza pudu dan beberapa kedai lain.

Ok lah ini antara hobi baru yang membuatkan aku agak sibuk sekarang ni....he..he...



Sabtu, 30 Mac 2013

Mama seafood restaurant

Hari ini layan anika pilihan masakan alakat di restoran Mama Seafood. Restoran yang terletak di Bandar Rawang berdekatan dengan Pasar raya Mayden, restoran mama seafood ini sudah lebih kurang setahun dua beroperasi. Tetapi baru hari ini baru kami sekeluarga mencuba, itupun desebabkan dah tak tahu nak makan dimana.. Jadi aku mengambil keputusan untuk ke restaurant mama seafood.
Berada di muka pintu masuk aku dah kagum dengan hiasan dalamannya macam sauna room, dinding yang di cover oleh kayu dengan pelbagai corak hiasan kayu..memang cantik.
Beberapa minut kami duduk datang la menu book....em banyak nya hidangan, ada western food masakan siam dan lain2 lagi.
Anak-anak aku order cheken cop aku dan wife layan nasi goreng usa dan sebagai tambahan udang roreng tepong dan sotong pedas, sebagai pencuci mulut aku order Mama puluy manga durian.
Last sekali bab rasa, ok la sedap boleh lah datang lagi lain kali.