- Lebih kurang Sekilo (1kg) Beras pulus
- 4 biji kelapa yang santannya diperah
- Buluh lemang yang siap dipotong
- Daun Pisang
- Garam yang secukup rasa
Resepi Cara Membuat Lemang (step by step):
- Mula-mula basuh beras pulut sehingga agak-agak bersih, buang airnya.
- Selepas itu, potong daun pisang tadi dan masukan ke dalam buluh lemang mengikut saiz buluh lemang itu.
- Kemudian masukan beras pulut tadi ke dalam buluh lemang. Jangan masukan penuh-penuh, tapi tinggalkan ruang sedikit.
- Selepas itu, sila masukan garam secukup rasa ke dalam santan dan kemudian tuangkan ke dalam buluh lemang tadi.
- Hidupkan api sederhana besar dan bakar buluh lemang berisi pulut tadi. Sila terbalikan buluh lemang itu setiap 10-15 minit bagi memastikan bahagian yang masak adalah sama rata.
- Teruskan bakar sehingga lebih kurang 2 jam bagi memastikan lemang itu benar-benar masak.
- Akhir sekali, boleh angkat buluh lemang dan siap untuk dimakan.