Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut(herba). Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun.
Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting. Serangga ini menyerang secara berkelompok. Serangan lebih ketara pada bahagian daun. Pokok yang diserang akan kehilangan banyak air dan nutrien, lalu menyebabkan pertumbuhannya terjejas.
Bahan buangan lalat putih adalah berbentuk rembesan madu dan mudah dijangkiti oleh kulat jelaga hitam. Jelaga hitam pada daun akan menyebabkan proses fotosintesis terhalang dan seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan pokok terganggu dan tidak sihat.
Apa yang perlu dilakukan?
1-Pada peringkat ini, bahagian pokok/daun yang diserang boleh dipangkas dan dimusnahkan.
2-Kemudian, disembur dengan ramuan semburan anti serangga
Semburan berjadual seminggu dua kali perlu dipatuhi agar serangan yang sama tidak berulang.
3-Pindahkan pokok cili ke tempat terbuka untuk mengurangkan bilangan serangga ini.
4-Air siraman juga dipastikan mencukupi.
5-Elakkan tempat yang berteduh dan gelap. Serangga ini gemar keadaan sejuk terutama selepas hujan, pasti meriah dengan serangga ini sekiranya tiada kawalan serangga yang teratur.
Ramuan untuk semburan bena, whitefly dan mealy bug.
Campurkan 1/2 sudu teh cecair pencuci pinggan,
1/4 sudu teh minyak masak dan 1 liter air.
Masukkan cecair tersebut ke dalam penyembur dan sembur terus ke atas makhluk perosak.
Ramuan ke-2:
Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti diatas.
Lain-lain alternatif:
Semburan kawalan serangga Repellente.
Bawang putih yg dikisar (1 ulas bawang + 1 liter air) ataupun Neem Oil (50ml + 10 liter air) dan semburkan disebelah petang.
Alternatif yg paling berkesan utk semua jenis serangga perosak
Racun organik (homemade)
-5 liter air
-1 kg bawang putih
-1kg lengkuas
-500g kunyit
-500g halia
-500g serai
-2 sudu besar serbuk lada putih
Kisar semua skali bahan pastu masak hingga mendidih pastu biarkn sejuk dan tapis.
Penggunaan,20ml utk 1 liter
~ Beberapa jenis minyak seperti minyak neem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini.
Dari group wapps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan