Selasa, 15 Julai 2014

Mengilat Sebarau - Serigala air tawar

Salam semua, sebelum aku menulis dengan panjang lebar terlebih dahulu aku mengharap kawan2 pembaca blogs aku ni kita sama2 mengirimkan Al-fateha buat pejuang2 kita yg sangup mengadai nyawa demi agama, iaitu pejuang2 yang berjuang di Gaza, Syeria dan dimana jua mereka berada.



Mengilat sebarau bukan satu perkara baru di Malaysia ini. Sudah ramai kaki2 pancing telah mencuba dan hasil nya amat membrangsangkan. Ok ada sedikit info buat aku sebagai newbi di arena mengilat sebarau..maklumlah belum pernah aku daratkan walaipun seekor berkais cirut. Info yang aku cedok dari web forem pancing ni aku harap dapat memberikan sesikit sebanyak ilmu buat aku dan pengilat2 sebarau yg baru mencuba mengilat sebarau ini.
Mengilat menggunakan sesudu sinonim dengan Sebarau. Bagi kaki mengilat Sebarau penggunaannya satu kemestian. Sesudu dicipta khususnya untuk menghasilkan kilat, pantulan cahaya dan pembiasan cahaya yang akan membangkit selera Sebarau. Renangan yang versetail, berkilat, murah, berkesan, senang dikendalikan dan mudah dibawa menyebabkan ia menjadi senjata ampuh bagi pengilat-pengilat Sebarau. Antara kelebihan mengilat menggunakan sesudu ialah

1. Boleh digunakan untuk semua padang pancing seperti kawasan berarus laju, cetek, berbatu, berstruktur dan reba. Peratusan sangkut kurang berbanding gewang bentuk ikan.

2. Renangan yang versetail bergantung kepada karauan kekili sama ada laju atau perlahan. Renangannya akan menjadi pelbagai sama ada sekata, menggila atau meliuk-liuk. Profil renangan yang tidak terdapat pada gewang berbentuk ikan.
3. Boleh dijadikan sebagai gewang selaman cetek, pertengahan dan dalam bergantung kepada kelajuan karauan kekili.

4. Boleh dibaling jauh dan tepat ke sasaran kerana bentuk, saiz dan beratnya terutamanya yang berbentuk lonjong @ wobbling seperti Abu Island, Seahawk Island, Ofmer, Vision Pro dan banyak lagi.

5. Direka berdasarkan pelbagai keadaan padang pancing dari segi berat, saiz, ketebalan dan bentuk, contohnya kalau kawasan cetek berbatu, jenis yang ringan digunakan manakala kawasan berjeram dan berarus laju sesudu yang berat dan tebal digunakan.
Saya lebih menghuraikan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada sesudu bebanding kelemahannya. Setiap sesuatu pasti ada kelemahannya, namun kalau kita membuat perbandingan antara kelebihan dan kelemahan sesudu, peratusan dan nisbah lebih kepada kebaikannya. Huraian saya hanya tertumpu kepada mengilat Sebarau menggunakan sesudu. Ini fokus utama dan pandangan saya tentang sesudu.

Antara senjata yang aku akan gunakan untuk mengilat sang sebarau kelak
Gaya permainan sesudu bergantung kepada persekitaran padang pancing. Kalau di kawasan berjeram, berarus laju sesudu tidak perlu dikarau laju. Hanya biarkan ia hanyut untuk meniru seolah-olah buah yang sedang hanyut dibawa arus. Kalau di kawasan berair tenang atau lubuk, pelbagaikan aksinya dengan mengarau perlahan hingga laju sambil menghenjut hujung joran perlahan atau cepat. Teknik ini mampu menarik minat Sebarau yang sedang bersembunyi menunggu mangsanya.

First trial.

 Teknik-teknik lain yang boleh dipraktikkan ialah seperti teknik Pitching & Flipping (lontaran dalam jarak 10-30 kaki). Sebagai pemikat, tambahkan "red teasser" di belakang sesudu. Ini mampu meningkatkan peratus sambaran terutamnya pada waktu tengahari.
Sebarau aktif pada awal pagi dan lewat petang. Inilah masa yang kritikal dan saat-saat keemasan buat pengilat-pengilat untuk memburunya. Biasanya pada waktu ini, Sebarau giat memburu mangsa iaitu ikan-ikan kecil di kawasan cetek. Pada waktu tengahari, Sebarau akan bersembunyi dan berehat di kawasan reba, struktur, redup, lubuk dalam dan sebagainya. Kawasan inilah yang menjadi "hot spot" untuk memburu Sebarau pada waktu tengahari.

Untuk trip ke sungai-sungai pergunungan boleh sediakan pelbagai bentuk sesudu seperti pipih, lonjong, kurus (slim), melengkung dan sebagainya. Cuma apa yang saya ingin huraikan ialah sesudu jenis wobbling seperti Vision Pro, Seahawk Island, Strike Pro Fighter, Ofmer dan sebagainya adalah yang amat digemari oleh Sebarau. Selain daripada itu pastikan anda menukar mata kail dan split ring yang berkualiti untuk menggelakkan anda berputih mata. Untuk mata kail sila pilih jenis yang mempunyai kekuatan sekurang-kurangnya 3X. Antara jenama yang menjadi pilihan saya ialah VMC. Penggunaan mata kail tunggal juga amat efektif. Tenaga Sebarau di sungai-sungai pergunungan memang hebat kerana sentiasa "excercise" merentas arus laju. Pendapat ini berdasarkan pengalaman saya mengilat di sungai-sungai pergunungan di Sarawak. Dari segi warna, ada tiga warna yang menjadi pilihan saya iaitu krom, tembaga dan keemasan. Boleh juga menggunakan sesudu yang berwarna merah, oren dan kebiruan. Diharapkan huraian saya yang serba ringkas ini boleh kita kongsi untuk manfaat bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan