Hujung minggu yang biasa aku lalui, kali ini tiada aktiviti berbasikal hanya duduk dirumah melayan anak-anak dan istri. Itu pun hanya beberapa jam sahaja yang lain aku bantai tidor, bukan apa terasa badan tak cukup rehat setelah berhari-hari aku melayan kesibukan kerja-kerja di opis. Hu sampai nak tercabut pinggang aku dibuat nya duduk di kerusi mengadap pc berjam-jam. Jadi hujung minggu aku habiskan masa aku dengan hanya tidur sahaja..... Mintak maaf lah geng-geng basikal aku tak dapat joint kali ni sebab pinggang aku yang rasa nak tercabut ni......
kita tukar topik pulak. Topik yang biasa diborakkan dikedai-kedai kopi, sebelum aku berpindah dikediaman baru aku sekarang, tabiat lepak dikedai kopi memang sudah menjadi satu kemestian bagi aku. Hanya secawan kopi aku dan geng-geng lepak aku boleh mengambil masa yang berjam-jam melepak dikedai kopi. Sehinga kan wife aku pun turut serta, bukan turut serta melepak tapi bila jam semangkin lewat berbunyi lah talifon aku...ha...ha... member-member aku dah kenal dah dengan perangai aku, bukan takut bini tapi aku ni antara akhli lepak yang termuda..anak kecil-kecil lagi jadi kenalah bertolak ansur sikit....terima kasih buat wife aku faham minat melepak aku ini....sambung lagi.
Perbincangan demi perbincangan, cerita demi cerita kami borakan. Yang paling aku amat gemar apabila berborang tentang isu-isu semasa, lain tak bukan politik tanah air. Spekulasi-demi spekulasi dibuat, seronok kan...itu tak termasuk kutuk mengutuk antara sesama sendiri. Tetapi Alhamdulilah taiada pekara-pekara yang tidak di ingini berlaku antara geng-geng yang mana memang pedas-pedas ktukan nya. Aku biasa lah tengok kalau boleh kutuk aku layan la..kalau rasa nak kalah diam kan diri saja....sambil menghirup kopi o...... Jadi persoalan nya di sini "Adakah dengan hanya secawan kopi dapat mengubah dunia?". Nak tahu jawapan nya kena lah jadi kaki lepak kedai kopi......ha..ha...ha.....
Secawan Kopi..... Hanya gambar hiasan |
~sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan