Sabtu, 31 Mac 2012

'Kenapa saya keluar Umno' - Kadir



'Kenapa saya keluar Umno' - Kadir

Wacana Sinar Harian ke-12 : Rasuah Politik : Persepsi atau Realiti? 
 
Tepuk dada tanya iman....... Pada aku A.B.U 

Ahad, 25 Mac 2012

Mengubah dunia hanya dengan secawan kopi!!

Hujung minggu yang biasa aku lalui, kali ini tiada aktiviti berbasikal hanya duduk dirumah melayan anak-anak dan istri. Itu pun hanya beberapa jam sahaja yang lain aku bantai tidor, bukan apa terasa badan tak cukup rehat setelah berhari-hari aku melayan kesibukan kerja-kerja di opis. Hu sampai nak tercabut pinggang aku dibuat nya duduk di kerusi mengadap pc berjam-jam. Jadi hujung minggu aku habiskan masa aku dengan hanya tidur sahaja..... Mintak maaf lah geng-geng basikal aku tak dapat joint kali ni sebab pinggang aku yang rasa nak tercabut ni......


kita tukar topik pulak. Topik yang biasa diborakkan dikedai-kedai kopi, sebelum aku berpindah dikediaman baru aku sekarang, tabiat lepak dikedai kopi memang sudah menjadi satu kemestian bagi aku. Hanya secawan kopi aku dan geng-geng lepak aku boleh mengambil masa yang berjam-jam melepak dikedai kopi. Sehinga kan wife aku pun turut serta, bukan turut serta melepak tapi bila jam semangkin lewat berbunyi lah talifon aku...ha...ha... member-member aku dah kenal dah dengan perangai aku, bukan takut bini tapi aku ni antara akhli lepak yang termuda..anak kecil-kecil lagi jadi kenalah bertolak ansur sikit....terima kasih buat wife aku faham minat melepak aku ini....sambung lagi. 

Perbincangan demi perbincangan, cerita demi cerita kami borakan. Yang paling aku amat gemar apabila berborang tentang isu-isu semasa, lain tak bukan politik tanah air. Spekulasi-demi spekulasi dibuat, seronok kan...itu tak termasuk kutuk mengutuk antara sesama sendiri. Tetapi Alhamdulilah taiada pekara-pekara yang tidak di ingini berlaku antara geng-geng yang mana memang pedas-pedas ktukan nya. Aku biasa lah tengok kalau boleh kutuk aku layan la..kalau rasa nak kalah diam kan diri saja....sambil menghirup kopi o...... Jadi persoalan nya di sini "Adakah dengan hanya secawan kopi dapat mengubah dunia?". Nak tahu jawapan nya kena lah jadi kaki lepak kedai kopi......ha..ha...ha.....

Secawan Kopi..... Hanya gambar hiasan

~sekian~

Khamis, 22 Mac 2012

Bulan depan tiada lagi makan sedap untuk aku!!

 Hari ini sambil menghirup sup daging lembu, yang kebiasaan kami geng-geng loop makan tengah hari. Terkeluar dari mulut salah sorang dari kami sepotong ayat yang agak serious. Aku pun terasa macam nak berhenti makan saja..tapi mengenangkan sup daging ni alahai..enak nya jadi buat pekak jelah....Bukan apa member aku ni Alhamdulilah dah perasan diri dia ni dah tua.....sama lah dengan aku bukan muda lagi....jadi nak tahu apa yang dirisaukan? lain tak bukan tentang kesihatan. Ayat dia rengkas je...." Bulan depan tiada lagi makan sedap untuk aku!!"  dalam hati aku ai..dah buang tabiat ke....mamat ni.. Setelah panjang borak-borak rupanya bulan depan dah umur mamat ni dah 3+ tahun jadi kena lah berjaga-gaja tentang makanan takut dapat penyakit. em...tu yang aku shorkan kawan aku ni ..amalkan lah mengunakan minyak zaitun .....boleh layan artikel ni..tentang minyak zaitun. Buat kawan aku ni selamat ulang tahun.......ke 3+ tahun....start bulan depan lah.


Minyak Zaitun

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Norkumala bt. Awang Pegawai Penyelidik

11/04/2008 | Artikel Bahasa Malaysia 

Selasa, 20 Mac 2012

Mustika

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. 




Rabu, 14 Mac 2012

Apa dah jadi?

Senyap sunyi ....dari bersawang dah jadi tempat tinggal cengkerik.......mintak maaf la kepada mereka yang rajin berkunjung di blog aku ini....kenapa jadi begini? hai bukan apa, rasa nak menghabiskan masa dengan ahli keluarga pulak. Ia lah si kecik aku ni dah semakin membesar ..lagi2 dah nak masuk 7~8 bulan ...em.....seronok melayan kerenah anak kecil...faham-faham je lah...... Tapi hari ini sekecil aku demam selsema... kesian, lepas wife aku tidorkan sikecil aku, aku pun tak tahu nak buat apa. Jadi on pc dan layan lah blogs aku yang bersawang dan dah bercengkerik ni, sambil-sambil menunggu takut-takut sikecil aku ni terjaga....mintak-mintak tidor lena smpai kepagi dan demam kebah...jadi besok boleh bergurau lagi......

~sekian~




Jumaat, 2 Mac 2012

MC

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Hari ini cuaca baik, alhamdulilah cuma waktu petang membawa kemalam hujan lebat..em..sejuk sikit malam. Dan hari ini juga aku diberi MC oleh doctor atas sebab keracunan makanan sehingga kan perut aku ni dah macam belon aku rasa .kekembungan. adoh...sabar je lah dugaan Allah ni. 

Em ni nak ceta sikit pasal Doctor yang merawat aku tadi lah...he..he... Doctor ni memang dah aku kenali sejak aku berpindah ke kawasan rumah baru aku ni.....mau nya tak...kalau beliau buat rawatan dah macam buat rawatan dihospital siap kekadang kena ambil sample air kencing lagi...Hari ini lain sikit, agak lama lah aku diberi rawatan siap dangan ceramah panjang lebar lagi...semua berpuncakan tekanan darah aku yang sedikit tinggi. hu..hu.... layan je lah......lagi pun dah lama aku tak dengar ceramah panduan-panduan kesihatan ni...moga-moga boleh di gunakan kelak...tq Doc'


He..he...tak de kaitan dengan tajuk pun gambar ni.....

~sekian~