Sabtu, 28 Mei 2011

Cuti sekolah pengal ke 2

Salam, lama rasanya tak bersiaran kat ruangan Sehasta Mungkin tempat aku mengarut ni. Bukan apa, bukan kerana tak nak menuis banyak yang aku nak menulis kat ruangan ni cuma masalah ganguan internet kat kawasan rumah aku ni...hai 3G aku problem puas aku call syarikat internet ni rasa macam dah aku hafal nombor2 ni. sekali call 2 kali call 3 kali call last2 mereka call kata cable kat pencawang sekitar rumah aku ni dicuri, aduh.........masalah betul nak tahu apa mereka kata, kena tunggu 3 bulan tu..baru dapat di soft kan problem aku ni. Kena cari internet baru lah ni.....

Malam ini tujuan aku menulis ni sebenarnya nak cerita sikit mengenai kampung tercinta aku ni..kempesatan kemajuan tahun demi tahun sehinggakan kampung aku pun terlibat sama. Banggunan yang dulu hanya 2, 3 tingkat sehingga kan kini bangunan 5 tingkat macam cendawan bercambah selepas hujan. Bukan apa bukan tak suka dengan kemajuan tapi terlalu pantas sangat kemajuan nya ....Bukan apa kesian dengan mak bapak aku kat kampung ni ..barang makin naik harga, kos harga dan sewa rumah makin naik ..... harga tanah melambung sehingga mencecah 2 juta se ekar ...itu pun kalau tanah betul2 sebelah jalan besa.

Satu lagi nak cerita tentang kampung aku ni, ingat lagi 20 tahun dulu, nak makan fast food amat lah susah kena naik bas 20 km baru dapat makan KFC atau Mc, tapi kini ha....tinggi melangit icon syarikat fast food. Dah lah sebeso2 bangunan dekat pulak tu hanya sejauh 500 m je dari simpang masuk kampung aku.

Ish ...aku rasa la kan 10 tahun lagi kat kampung kau ni mesti ada monore ke LRT ke kalau tak pun ada lapangan terbang, segalanya mungkin. Kalau macam ni lepas pencin aku balik kampung bukak kedai nasi lemak je lah.....


Isnin, 9 Mei 2011

KLMBH Bandar Tasik Putri

KLMBH bandar tasik putri
Long - 26km
Scenic - 15km

Bandar Tasik Puteri mountainbikers humbly present another bash for 2011.
We must apologize for the delay due to unavoidable circumstances.

Bash was brought to you by collaboration of ARB Cycling Team and BTP
Bicycle Brigade. Haris Kelolo plays the busybody...

DATE : 08TH MAY 2010.
TIME : 0915HRS BRIEFING. 0930HRS ROLLING
VENUE : GREEN VALLEY PARK, BDR TASIK PUTERI
GPS Coordinates of the RV is N 3° 17' 8.23" E 101° 28' 15.24"
http://www.klmbh.org/forum/viewtopic.php?f=4&t=156


8:00 - Bertolak kerumah En.Nazrul, dah alang2 trek to belakang umah dia jadi aku bercadang memulakan kayuhan dari umah En.Nazrul lah...sesampai je beliau sekeluarga jamu aku dengan roti telor dan roti canai ..dah perut lapo pagi2 ni Alhamdulilah langkah kanan.

8:25 - Aku dan roy nama singkatan kawan aku ni lah En.Nazrul serta adik ipar nya liza terus menungang basikal ke tempat pendaftaran. Ramai sungguh hari, dalam hati aku teruja dan teramat teruja.

8:40- Ke kemah pendaftaran dan mendaftar...aku dapat nom plet 191. maksudnya aku orang yang ke 191 lah mendaftar hari ini.

Selesai mendaftar dan memasang no plat aku dan roi terus lepak dengan kawan opis aku En.Zaid and the gang. Borak2 ambil gambar kenangan terus mendengar taklimat. Masa taklimat sunguh riuh tak dengar apa yang aku perasan dan cuba dengar (kertas panjang untuk long 28kn yang pendek untuk Scenic - 15km) jadi ok lah.....senang nak tahu hala tuju.















9:00++- Kami dan perserta lain start berkayuh ......ramai mat saleh siap bawak anak kecik2 berkayuh terharu aku...melihat mereka sangup bersusah untuk meletakkan masa bersama keluarga. Bila berkayuh awal nya hu..semua bersunguh2 macam boleh dapat hadiah. Nak aku cerita serba sedikit mengenai trek ni....trek yang hebat 80% off rod dan 20% onrod. Trek disekitar kawasan ladang kelapa sawit dengan lingkungan geografi bentuk muka bumi berbukit-bukit jadi agak mencabar lah bagi golongan berbadan besar macam aku ni.

9:30- Kami berhenti berehat ....hu tak larat tak cukup nafas aku dibuatnya...mendaki bukit. Sambil berehat minum air dan cuba mencuri engar sepasang baikes sedang membetulkan taya yang bocor..maklumlah aku tak de pengalama memasang taya dihutan jadi pengalam orang lain aku cuba jadikan ilmu bagi aku kelak nanti, mana lah tahu Allah nak uji aku pasang taya dalam hutan...mahu berpeluh aku nanti.

9:45- Kami meneruskan perjalanan yang hampis sekitar 5km ...hu jauh lagi perjalanan dan banyak lagi bukit yang aku kena daki..dan dounhill.

10:30- Kami berhenti berehat lagi kali ni tak tahan sangat bukit yang bercondongkan 30% dengan jarak purata 500 hingga 1000m hu...to yang aku rasa macam nak terlentang je..kat jalan to......









11:00- Kami meneruskan perjalanan sehinggalah kami sampai ke simpang jalan hu....terasa senang hati rasanya dapat menghabiskan kayuhan. untuk kenangan diatas bukit ladang kelapa sawit kami bertiga bergambar bersam .....


11:55- Sampai lah kami lebih kurang 2km dari tapak permulaan. Aduh kaki aku pulak nak krem. Apalagi ku berhenti tegakan kaki dan mengurut pelan2 ...bila agak reda kayuh pelan2 sehingga lah rasa krem itu hilang Alhamdulilah sampai gak aku ke tempat permulaan. Takut aku mengenang pengalam lampau terpaksa diusung dengan motosikal keluar dari trek ...kayuhan..malu2 itu dulu lah pengalaman mengajaraku untuk berhati2.



12:25- Sampai dah .....ke tapak permulaan. Sesampainya aku terus ke balai urusetia pulang kan nombor dan daftar keluar trek....tak kahu la aku da kumpulan aku ni peserta yang keberapa keluar dari trek ....rasanya dah ramai perserta lain dah menyidai basikal belakang kereta....tak pa janji dah sampai.

Sebelum balik lepak kat geai berhampiran kena air tambah tenaga ...hu....hilang air dalam badan aku ni berpeluh macam mandi ......

1:15- Sampai lah aku kat umah..basuh basikal makan kuih karipap air tanggan istri tercinta. Lepas mandi dan solat aku lelap kan mata sekejap.....




Sabtu, 7 Mei 2011

Basikal o.o.o.o basikal akhirnya

Basikal 0000000000000basikal ni lah basikal aku. Cantik biasajel ah, mahal? pada aku memang la mahal tap pada orang mewah...murah je..........

Itu semua aku tak kesah janji aku dapat berkayuh. Aku beli basikal ni tak jauh di Ligamas Cycling Batang kali. Brend Giant, model revel 0 (8spt). Nak upgrade ke 9~19 spt nanti la dulu, cari stamina dulu baru gi hard core itu pun kalau aku terdaya lah....

Nak cerita serba sedikit pasal basikal ni, aku rasa tak payah lah ....kengkawan boleh lihat terus di web side Giant ....atau gi sendiri kat kedai basikal MTB yang ada jual model revel 0 ni.