Isnin, 1 Oktober 2012

Muzium Kota Lukut

Minggu ini aku dan family bercuti ke  Port Dickson, department trip free kan. Jadi aku sambil bercuti aku tidak melepaskan peluang untuk mengunjung kota warisan sejarah Negeri Sembilan iaitu Kota Lukut. Aku ingat tapak kota ini seperti tapak-tapak kota-kota sejarah yang lain, rupanya nun di atas bukit.. mengah jugak lah aku memanjat (nasihat aku sesapa yang tidak berapa sihat tubuh badan jangan lah panjat, takut tak cukup nafas).

Pintu masuk ke tapak Kota Lukut 

Tinggalan sejarah Kota Lukut yang kini di bawah penyelangaraan Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia)dan telah dinaik taraf sebagai Muzium Lukut rasminya pada 9 april 1999. Muzium Lukit ini juga memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880. Ia berperanan bagi   menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah.

Serba sedikit mengenai Kota Lukut yang dipetik dari laman web Jabatan Muzium Malaysia.

Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut ketika itu merupakan satu daerah yang terpenting disebabkan oleh hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali. Galeri ini mempunyai beberapa segmen antaranya Latar Belakang Sejarah Lukut, Kota Lukut Sebagai Kota Pertahanan, Lukut Pesat Ekonomi dan Pentadbiran, Lukut Dalam Aspek Politik, Laporan Kapten Macpherson dan Perlombongan Bijih Timah di Lukut.

Tertarik dengan barangan sejarah yang cukup unik bagi aku lah, antaranya meriam.

Meriam tembaga ini dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 1993 semasa kerja-kerja survei arkeologi dijalankan di Bambek Shoal, Port Dickson bagi mengenal pasti sebuah kapal british bernama 'Caroline" yang tenggelam pada tahun 1886. Pada 6 Ogos 1995 hingga 9 Disember 1995, ekskavasi menaikan artifak Kapal Nassau termasuk meriam ini telah dilaksanakan pihak kerajaan Malaysia melalui Jabatan Muzium & Antikuiti dengan kerjasama Universiti kebangsaan Malaysia dan beberapa agensi lain.
(SUmber: Pameran Kapal Nassau, Muzium Lukut)
Jom layan gambar...




Di bawah ini pula beberapa gambar yang sempat aku rakam kan disekitar kawasan kota yang dah jadi tinggalan sejarah.








Seiranya anda berminat dan ingin mendalami lagi sejarah kota Lukut ini boleh lah berkunjung ke laman web ini http://www.journeymalaysia.com/MHIS_kotalukut.htm atau datang sendiri ke Muzium Lukut, Port Dickson.

~Sekian~

Sabtu, 22 September 2012

Bonus Manjaku Shopping


Salam semua, dah sebulan lebih lamanya blogs ini terbiar. Maklom lah selepasa menyambut hari raya  puasa ini terpinga-pinga rasanya nak menulis, mungkin terlalu banyak penambahan lemak dalam badan ni, itu yang jadi slow kepala hotak berfikir...he...he...

Hari ini saat ini cuba jugak aku memerah idea untuk mengupdate blog aku ini, kalau tak Sehasta mungkin akan menjadi sekilometer mungkin..ha..ha.... gurau. Takan aku ubah nya sehasta mungkin ni... Biar ia terus selamanaya mungkin.

Dalam sebulan ini macam-macam berlaku, tentang kengkawan loop lunch (opis geng), family, hidup aku dan yang paling tersangat kesannya politic tanah air dan dunia. (wah macam org politic pulak aku..padahal penyokong atas pagar je).

Mengenai cerita kengkawan opis aku..hu macam-macam ada. Ada yang nak pindah rumah baru, merilisasikan DGFE (samsung S3) dan yang lagi best dari semi-camera ke DSLR...hu tahniah. Aku macam biasa lah tak habis-habis dengan over lode kerja di opis. Balik dah penat, hujung minggu kengkawan lain menghabiskan masa hari raya ke rumah-rumah terbuka yang aku layan depan PC kat opis. em....stress gak Puan.suri rumah aku...dibuat nya. Nak mengayuh basikal adoi jauh sekali, kalau dapat kayuh pun keliling taman aku tinggal je... harapan nak kayuh kepuncak gunung jerai..hu..hu.... acah je..mana larat nya aku nak mengayuh tinggi to...mau terkeluar isi perut aku nanti.

Hari ini aku tak lepak opis...kerana pagi tadi, anak aku nom 3 Ahmad Faiq Gazi menerima bonus dari kerajaan negeri Selangor, semperna "Jom Shopping Bonus Selangorku". Kali ini anak-anak kelahiran tahun 2008 diraikan, aku lihat dalam list untukhari ini saja terdiri dari 200 lebih anak-anak kelahiran negeri selangor daripada 5000 akhli yang dilahirkan pada 2008. Tahniah anak-anak semua.


Bersama Y.B. Puan Gan Pei Nei


He..he....seronok melihat gelagat si Ahmad ....rambang mata ..itu nak ini nak...biasanya kalau aku lah yang keluar duit sendiri, aku awal-awal dah pilihkan untuk dia....kali ini aku serah kan dia sendiri memilih barang...em..apa lagi sampai kan susu dia pun dia nak beli..hi..hi.... itu ayah beli nak....cari lah yang lain..... Terus aku bawak dia ke bahagian mainan dan stationary. Kali ni baru lah tak becelaru... aku lihat dia ambil colouring book tebal punya ... colour 24 batang, punch toys dan yang lagi best terlintas pulak kat kepala dia nak belikan abang-abang dia buku sebagai hadiah.... ingat jugak dia kat abang-abang dia.

Bergaya dengan si adik sebelum ber shopping
Aku sebagai rakyat Selangor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh MB YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim. Semoga negeri selangor terus sejahtera dan berkebajikan.

Bagi yang belum mendaftar sebagai akhli TAWAS, sergerakan lah mendaftar... tak susah dan tak rugi untuk mendaftar. Banyak manfaat dari program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ini. Kalau belum boleh lah ke laman ini .. keterangan syarat-syarat dan sebagainya ada diterang kan...kalau malu jugak gi lah kat post aku di minggu-minggu lalu mengenai Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). 

~sekian~