Selasa, 1 Januari 2013

Selamat tahun baru 2013

Alhamdulilah belabuh sudah hari2 di klenda 2012, kini kelenda baru tahun baru 2013..wah panjang lagi perjalanan walaupun saat kematian semangkin menghampiri.

Nak cita pasal azam, apa azam aku 2012. Aku pun dah lupa, rasanya takda kot...sejak aku berumah tangga dan beranak penak ni..takterlintas pun untuk berazam...semuanya dah terhimpun....jadi satu.. Menjadi ketua keluarga, ayah, pekerja dan umat yang cermerlang..

Tetapi tahun ini aku nak tambah azam aku..... Iaitu lebih focus. Focus yang macam mana tu..ha...ha...ha........ banyak to......semua aku takyah cakap lah....biar makan dalam...ha..ha... gurau jek..

Betul ke berazam ni......

Selamat tahun baru.......



Mungkin kah...ada .....rezeki untuk ini?...



Ahad, 2 Disember 2012

Satey warisan Bandar Muar

Tak disangka aku balik kampung hari ini,  segalanya kerana abang ipar aku yang mengidap penyakit kencing manis terpaksa di kejarkan ke hospital atas sebab penyakit kencing manis.

Walaupun berada dalam suasana yang duka buat kami sekeluarga, aku sebagai bloger tetap menjalan kan tugas aku...menulis dan mengwarkan keistimewaan keadaan setempat dan isu semasa. Semoga abang ipar aku sekeluarga tabah dengan dugaan yang mendatang

Selang masa menunggu aku dan adik ipar aku pergilah mencari sarapan pagi. Dah sampai di daerah Muar ni apa lagi yang cukup populer dan tidak aku lepaskan peluang. Mencuba satu lagi restoran....sarapan pagi terbaik bandar diraja Muar ini....satey la...ha..ha...
.
Kali ini aku bersama adik ipar aku menjamah di restoran bersebelahan restoran haba.... Bernama restoran Satey Warisan.... Juadah sarapan unik seperti restoran lain...cuma keadaan hiasan dalaman..berbeza ..ada air-con....bes...aku dah lah tak tahan panas...jadi sesuai sangat lah.

Mengenai rasa dan layanan aku kelaskan B iaitu Baik

Jom layan gambar...