Isnin, 26 September 2016

Pengiraan jumlah set bagi satu musim tanaman

1) Apabila cerita bab baja dalam sistem penanaman fertigasi pasti dengar keluhan setiap pengusaha fertigasi. Walaubagaimanpun, segala persiapan lengkap dan perancangan yang rapi dapat mengurangkan tekanan dan memastikan projek kita berjalan dengan lancar. Ini termasuklah bab pembelian baja ab fertigasi.

2) Hari mari kita belajar cara-cara hendak menganggar jumlah keperluan baja untuk satu musim projek fertigasi.


3) Sifirnya sangat mudah:
Jumlah keperluan baja satu musim= (Jumlah pokok x Kuantiti pemberian baja satu hari
dalam liter x jangka masa penanaman satu musim
dalam hari) / 10000

4) Mudah sangat.

5) Ini contoh saya kira keperluan baja fertigasi untuk 1000 pokok cili. Satu hari saya bagi 0.5 Liter air baja. Manakala tempoh penanaman 6 bulan = 180 hari.

6) Jadi Jumlah keperluan baja satu musim = (1000 x 0.5 x 180) / 10000
= 9 set baja fertigasi ab

7) Di adalah cara mudah untuk kita estimate kasar untuk buat pembelian baja. Kuantiti penggunaan selalu adalah kurang 2-3 set daripada jumlah asal bergantung pada jumlah pemberian larutan baja harian kita.

8) Selamat merancang pembelian baja. TQ

penulisan asal: http://myagri.com.my/2011/05/fertigasi-pengiraan-baja-untuk-semusim/