Ahad, 31 Ogos 2014

Kolam Pancing Siakap RM3, Jugra

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 pada tahun ini. Bershukur kepada Allah kerana masih memberi keringanan dan nikmat kemerdekaan walaupun ujian2 yang dapat memberikan aku lebih matang dan lebih bershukur, Alhamdulilah..

Aku dan keluarga berada dalam cuti yang agak panjang, jarang2 aku ambil cuti sebergini. Cuti yang bertujuan memberikan ruang dan sokongan kepada keluarga mentua aku lebih2 lagi kepada ibu mentua aku yang mengalami ketidar normalan system rahim, tak perlu aku cerita panjang lebarlah penyakit dan ketidak normalan itu sebab ini sakit orang pempuan salah penyampayan lain pula penerimaan. Cuti yang pada mula nya di selubungi resah gelisah akhirnya di perhujung nya tidak tercapai. Ini kerana pemedahan membuang ketumbuhan atau kensel tidak dapat dijalan kan akibat ibu mertua aku menarik diri untuk meneruskan operasi, keadaan ini menjadikan kami sekeluarga bertambah rungsing, ia lah ketumbuhan atau kensel dalam badan ini bukan boleh dijangka ... Allah hualam semoga tiada pekara2 yang tidak diingini berlaku kepada ibu mertua aku.. amin.

Ok habis berdiskusi berfikir untuk masa2 mendatang berkenaan kesihatan ibu mertua aku. Aku dan wife aku pon mengambil keputusan untuk merehat2 kepala ...apalagi idea yang paling best pergi mengail kolam siakap rm3 di Jugra, Banting Selangor.

Map lokasi kolam siakap RM3, Jugra
Dengan berpandukan GPS aku meraba2 mencari port kolam RM3. Pusing punya pusing kami sampai ke kolam pertama ...nampak belik, salah kolam. Berhenti seketika di masjit berserjarah untuk bersolat dan membelek2 fb untuk mencari info lokasi kolam siakap rm3 itu.

Masjid Sultan Alaudin. Jugra, Banting, Selangor
Alhamdulilah jumpa sudah, selepas bersolat aku menuju terus kekolam tersebut...peh ramai orang. Ada yang bersama keluarga dan ada yang bersama komplot. Untuk pertama kalinya di kolam ini aku memilih kolam siakap. Satu joran rm3, sekilo siakap RM 17. ok lah siakap hidup....

Cobaan kali pertama dengan gewang udang gagal, bertukar ke gewang Roby ikan bermata 3 ..alhamdulilah aku berjaya mendaratkan siakap angaran seberat 1.8kg. Lontaran demi lontaran selepas itu tidak berhasil aku pon menukar dengan sp yang agak kecil dan berekor merah.
Alhamdulilah naik dah seko.

Macam mana lah nak mengail dgn ikan pon takut...aduhai
 Kali ini alhamdulilah strike kali kedua...dan ketiga terlepas...sehingga lah yang keempat. Jumlah semua sekali 3ekor+1kumpow ok lah tu masa yang diambil tak sampai 2 jam. Boleh lah mengembirakan anak2 aku yang melihat dimana siakap melompat2 di permukaan air..

Alhamdulilah besok boleh buat siakap kukus..
 
Alhamdulilah ready for Siakap kukus

Sabtu, 9 Ogos 2014

Mengilat di Sungai Selangor

Senjata aku lah yg color oren tu


Hari ini misi mengilat sebarau KKB terlaksana, setelah sekian lama aku idamkan dan tunggu-tunggu. Bersama komplot Sebarau Hunter (FaceBook), kami memulakan pengilatan di Ampangan Pecah Kuala Kubu Baru. Port ini aku pernah kunjungi beberapa bulan lepas bersama anak2 dan org umah. Terkejut pulak aku memang betul lah port didiami sebarau yang di idam2 kan oleh pemburu2 nya.

Ok kita layan gambar je lah...kalau nak merasa dan mengetahui bagai mana sambaran sebarau kkb ni boleh lah try sendiri... ada rezeki Alhamdulilah tak dak rezeki kumpouww lah ....he..he..

Komplot Sebarau hunter 9/8/2014 KKB
Lubok ada rezeki adalah

Santai keletihan
Kesian geng koplot dah jadi beehon...adoi