Jumaat, 27 Jun 2014

Pulau Jarak 21/6/2014

Tahun ini menjadi tahun keramat buat aku setelah 10 tahun lebih tidak memegan rod dan reel memancing. Apa tak nya sibuk menguruskan hal-hal rumah tanga, kerjaya dan hobi2 baru. Tahun ini aku kembali dengan hobi lama, hobi zaman kanak-kanak aku balik sekolah dan terus ke tali air berhampiran mengail ikan. Cuma kali ini aku upgrade sikit dari main tali air kepada ke laut lepas. Bukan tak pernah ke laut lepas Cuma tak lah sehebat ini. Pada mulanya ragu-ragu juga nak ke laut lepas, ia lah memandangkan sudah lama tak jijak kaki ked lam bot, seingat aku kalai terakhir aku layan atas air ni semasa berkayak 300 km dari gemas N9 hingga Tanjung Emas Muar, Johor.

Ok berbalik hobi memancing, aku pernah up satu post yang aku akan kembali memancing. Tapi aku tak lah cerita hendak ke laut lepas, sekadar pantai dan jeram-jeram sahaja. Tetapi dilihat hobi kelaut lepas modal dan masa yang diambil lebih murah jadi aku mengambil keputusan untuk memancing di laut lepas. Trip pertama aku dan aku sendiri yang mengelola adalah Pulau Jarak Perak, teknik baru yang masih panas di Malaysia ni. Teknik Jigging dan Poping. Dimana teknik ini pemancing hendak lah mengunakan kelengkapan reel dan rod yang khas. Iaitu ratio yang tinggi agar reel dapat dikarau dengan pantas. Tak payah lah aku cerita panjang lebar bab teknik jigging dan poping ini sebab korang boleh je google kat website lagi clear dan mudah difaham.

Pulau Jarak Kami ber 6, 4 orang dari geng2 Team Penyu Power dan lagi 2 kami import dari luar, Eady kawan Sue otai Jigging taraf dewa. Setahun 4 5 kali turun pulau Jarak tu belom tempat lain termasuk lah Australia. Perjalanan ke P.Jarak yang mengambil masa kira-kira 2 jam (ia lah bawak keta berhati2) dari rumah aku, kami singah di masjid seri manjong untuk berehat sebelom meneruskan aktiviti memancing kami pada hari esok nya. Jam 5:30 pagi kami bangkit dari lena berehat, selesaikan solat subuh mandi dan sebagainya. Kemudian berangkat ke jeti. Sebelom kejeti kami singah untuk membeli juadah sarapan pagi dan sedikit kuih muih untuk dijadikan kudapan semasa didalam bot nanti. Sempat jugak lah bergambar dengan sifu Zahid di hadapan Kencana Petroleum. Setelah selesai kami berangkat ke jeti nama aku lupa pulak sebuah jati privet, tekong Ah seng sudah tunggu bot yang kami naik adalah sebuah bot laju dengan nama Cobia (nama ikan Haruan Tasik), masa amat pantas tak sempat kami nak seating rod kamai em….layan je lah. 

Sesampai je aku ke jati park kereta sebelah Hamer sapa punya tah org kaya mana pi jigging sama date dengan aku..tekong sudah melambai2 tangan sini2. Bergegas kami pack barang masuk bot, dengan rod tak ber ikat reel tak ber ikat…ha..ha…ini kesilapan besar. Lain kalai trip mau semua siap kan, ikat pasang awal2 kat rumah masuk dalam bag. Naik bot, bot agak terbatas ruang nya. Aku duduk sebelah tekong to je ruang kosong yang ada, hendak duduk depan takut sakit kepala disebabkan bot memotong ombak dan lagi aku dah awal2 telan pil mabuk laut jadi lepak sebelah tekong tak yah lah aku nak control sangat, boleh borak2 dengan tekong Ah seng. Alhamdulilah tekong yang kami dapat peramah dan tidak kedekut ilmu pelayaran. Macam nak belayar ha..ha..ha… adalah tekong ajar kan macam mana nak tahu rebut dating dan keadaan angina. Dan dapat mengulang kaji ilmu yang sedikit aku ada….iaitu naik bot ada ombak kena potong serong. Kalau tidak mau karam bot jadinya.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih dengan pemandangan pulau2 sekitar pulau pangkor amat lah menarik perhatian aku. Kekadang ternampak juga ikan2 bermain diatas air bila aku Tanya tekong dia cakap tu ikan ambil angina..ha..ha…. aku senyum je. Untuk trip ini tekong tidak bawa kami ke PulauJarak tetapi hanya laluan ke P.Jarak sahaja. Memandangkan bulan ini angina agak kuat menyebab kan ombak kuat pada aku ok lah tu memancing hanya dilaluan ke P.Jarak. Takut2 ribut melanda langsung tak dapat balik, ia alah sehari dua sebelom kami ada beberapa bot pancing yang dipukul rebut dan 2 bot tongkang pendatang haram karam yang menyebebkan kematian. Aku banyak2 berdoa agar perjalanan kami selamat, tekong pon aku dah info tekong kata ok angina kat pantai je agak kuat kat tengah laut biasa je ombak pon biasa sekitar 1.5 hingga 2 miter. Lega hati sikit info dari tekong positif ia lah nak kelaut ni oi…penuh air bukan dalam 10 20 kaki ni 20 100 meter.

Start Berjigging Setelah sampai dilokasi lubok tekong mengarahkan kami untuk star turunkan jig, huh apalagi senjata semua dikeluarkan. Kami dahului dengan jig saiz 150g em…keadaan air mati yang tidak berarus tetapi angina kuat menghanyutkan bot dengan cepat membuatkan jig kami tidak sampai kedasar. Tekong mengarahkan kami menukar ke saiz yang lebih berat 200g ha..ha… part ni aku benci ni aku hanya ada sebatang 200g color pink. Layan je lah mana tau ikan tertarik dengan jig color pink ni..karau punya karau em tak menyangkut hingga lah dalam 20 minit Eady nya jig di sentap…peh aku yang naik suka …layan punya layan ikan pertama spisis tengiri putih bersais agak besar dapat didaratkan. Jig yang digunakan bercolor oren sais 200g teknik slow jigging. Reel Shimana Ocea jigger 1500, rod PE2-4 line 50lb. Alhamdulilah terserlah dari pembacaan aku di laman blogs2 mereka yang telah sampai ke P.Jarak ni yang lautan Jarak ni ada ikan spasial. Jam ditangan masih awal pagi lagi angina semangkin kuat, tangkapan pertama telah selamat didaratkan tekong mengarh kan kami menaikan semua jig dan akan beralih ke lubuk yang lain.

Perjalanan ke lubuk kedua tidak lah memakan masa yang lama hanya sekitar 10 minit, sesampai saja kamai menurunkan jig lagi. 20 minit berlalu tiada gigitan atau sambaran berlaku, tekong mengubah lubuk lagi hingga lah disuatu lubuk aku lupa lubuk keberapa sebab tekong Ah seng amat rajin untuk mengubah lubuk. Bila dia tak puas hati dengan lubuk tu, dia akan mengubah lubuk lain. Kali ini tekong pula Berjaya mendarat kan tengiri kedua ..jig yang digunakan color oren (adoi menyesal pulak aku tak beli stock jig color oren- semua jig yang aku ada color biru pink dan hijau) tak pa lain kali boleh cuba lagi. Reel yg digunakan tekong sama Ocea Jigger Cuma saiz dia 2000. Kami menukar lubuk lagi kali ni rezeki akhli Team Penyu Power pula, sifu dan otai kami, Zahid mendaratkan tengiri ketiga dengan ikan bersaiz besar 10++kg. Memang besar ikan ini adoi syok Nampak cara dia melayan sentapan hampir2 nak terlongkop kedalam laut.

Alhamdulilah dalam tak sampai 20minit tengiri 10kg kami dapat didaratkan..posing ambil gambar tekong pon ambil gambar buat up dalam FB, itu cara tekong mempromosikan service ketekongan dia… he…he…..ok jig yang digunakan 200g color oren jugak reel shimana twinpower tak silap aku saiz 5000. Line 30lb. memang puas hati betul2 otai. Hari semangkin petang jam ditangan menunjukkan jam 12 lebih sudah beberapa lubuk kami berhenti dan tukar, namun masih tiada lagi sentapan dibuat Cuma tali yang putus sahaja…em..pandai jugak ikan ni dok potong perambut…rugi jig yang hilang bukan murah sebatang jig ni 200g mau dalam Rm18 seketul. Ok tekong suruh kami naikkan jig dan kami dibawa ke unjam lubuk ikan Cobia (haruan tasik) jarak perjalanan agak jauh sedikit. Diskrin GPS aku perhatikan lebih kurang 20km jarak nya …angina semangkin kuat ombak menuruti dengan setinggi 2.5m hingga 3m. Bot berluncur agak pelahan kerana ditakuti menghentam ombak dengan kuat…bahaya tau.

Sebelom menuju ke unjam tekong mengarahkan kami yang mengambil ubat penghalang mabuk untuk mengambil nya.. Aku dan Hafizi telan masing2 sebiji. Takut mabuk laut, kata orang biar tak dapat ikan jangan mabuk laut. Sebab kalau mabuk laut musnah persediaan memancing berbulan2. Tak dapat ikan tu nak wat cam mana tak dak rezeki. Kan rezeki itu dari Allah. Selepas solat zuhor atas bot kami menuju ke unjam sedang kami dok sebok berjigging tekong menunjuk dengan tangan nya sekumpulan ikan bermain2 ni atas air, memang aku kagum dengan ciptaan tuhan laut bukan sahaja manusia Allah jadikan berbangsa2 mahklok lain juga.

Sekumbulan ikan yang bersaiz 10kg keatas bermain diatas air, berkocakkan bagai anak2 aku mengocak air didalam swimming pool sungguh kagum. Tekong mengarahkan kami membaling kearah sekumpulan ikan itu…jig 200g baling kea rah ikan peh…mau mencanak perginya. Jig tak sangkut tekong mengarahkan sesiapa yang ada poper untuk menukar poper. Aku mempalingkan pandangan aku kea rah rod 9” yang aku bawak, memang sesuai untuk balingan poper mengunakan rod ini. Malangnya dengan keadaan yang terbatas aku terpaksa lupakan hasrat untuk mengunakan rod panjang tersebut. Jadi aku hanya menukar dari jig ke poper, kini aku mengunakan cat poper aku..ha…ha…..color menarik warna merah berbelang putih… Yangpasti Otai Eady sudah bersedia dengan set poper nya aku diamkan diri hanya melihat gerak geri otai, biasalah otai nak baling aku newbi ni mencuri2 belajar cara dan arah balingan. 

Suhairi menyantap bekalan nasi lemak yg kami tapau
 

 
 
 
 
 
 
 

 Memandangkan ni trip pertama aku panjang cerita hendak di kongsikan bersama, tetapi memandangkan rasa sudah berjela aku mengarang dengan ejaan yang tongang langang, aku harap para bloger yang sudi baca pengalaman aku ni faham2 sendirilah...ha...ha..... Ok lah senang2 aku sambung cerita aku nk...panjang lagi ni...belom cerita pasal makan lagi tengiri putih fresh....ha..ha..k layan gambar je dulu aaa









 

Jumaat, 13 Jun 2014

Derma darah

Program derma darah tahunan, buat mengisi kekurangan tabung darah negara. Kali ini prigram dijalankan pada bulan Jun. Dapat lah aku lihat muka-muka baru staf Technip yang kali pertama untuk menderma darah. Bagi aku ini bukan kalai pertama, dah 8 kali rasanya aku menderma darah. start dari zaman student hingga lah alam petkerjaan.

Tak susah pon menderma ni, asalkan sihat tubuh badan dan lain2 syarat2 yang ditetap kan.

k jom layan gambar..