Isnin, 1 Oktober 2012

Muzium Kota Lukut

Minggu ini aku dan family bercuti ke  Port Dickson, department trip free kan. Jadi aku sambil bercuti aku tidak melepaskan peluang untuk mengunjung kota warisan sejarah Negeri Sembilan iaitu Kota Lukut. Aku ingat tapak kota ini seperti tapak-tapak kota-kota sejarah yang lain, rupanya nun di atas bukit.. mengah jugak lah aku memanjat (nasihat aku sesapa yang tidak berapa sihat tubuh badan jangan lah panjat, takut tak cukup nafas).

Pintu masuk ke tapak Kota Lukut 

Tinggalan sejarah Kota Lukut yang kini di bawah penyelangaraan Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia)dan telah dinaik taraf sebagai Muzium Lukut rasminya pada 9 april 1999. Muzium Lukit ini juga memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880. Ia berperanan bagi   menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah.

Serba sedikit mengenai Kota Lukut yang dipetik dari laman web Jabatan Muzium Malaysia.

Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut ketika itu merupakan satu daerah yang terpenting disebabkan oleh hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali. Galeri ini mempunyai beberapa segmen antaranya Latar Belakang Sejarah Lukut, Kota Lukut Sebagai Kota Pertahanan, Lukut Pesat Ekonomi dan Pentadbiran, Lukut Dalam Aspek Politik, Laporan Kapten Macpherson dan Perlombongan Bijih Timah di Lukut.

Tertarik dengan barangan sejarah yang cukup unik bagi aku lah, antaranya meriam.

Meriam tembaga ini dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 1993 semasa kerja-kerja survei arkeologi dijalankan di Bambek Shoal, Port Dickson bagi mengenal pasti sebuah kapal british bernama 'Caroline" yang tenggelam pada tahun 1886. Pada 6 Ogos 1995 hingga 9 Disember 1995, ekskavasi menaikan artifak Kapal Nassau termasuk meriam ini telah dilaksanakan pihak kerajaan Malaysia melalui Jabatan Muzium & Antikuiti dengan kerjasama Universiti kebangsaan Malaysia dan beberapa agensi lain.
(SUmber: Pameran Kapal Nassau, Muzium Lukut)
Jom layan gambar...




Di bawah ini pula beberapa gambar yang sempat aku rakam kan disekitar kawasan kota yang dah jadi tinggalan sejarah.








Seiranya anda berminat dan ingin mendalami lagi sejarah kota Lukut ini boleh lah berkunjung ke laman web ini http://www.journeymalaysia.com/MHIS_kotalukut.htm atau datang sendiri ke Muzium Lukut, Port Dickson.

~Sekian~