Jumaat, 11 Mei 2018

Malaysia Baru - PRU 14

Perjuangan demi mencapai kebenaran, 9 May 2018 bersamaan 25 Sya'ban 1439 adalah tarikh penting sepanjang tempoh selepas merdeka bahawa kerajaan Malaysia telah bertukar tangan deri kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.



Dalam lipatan sejarah. Perdana Menteri Ke -7




Tahniah Untuk Pakatan Harapan

Ahad, 9 April 2017

Bukit Gasing 8-04-2017

Seawal pagi jam 6:15 pagi selepas solat subuh bertolak ke Pusat komuniti Lembah Pantai, berpandukan apps Waze sebagai pemandu jalan. Perjalanan yang mengambil lebih kurang 45minit dengan jarak 40 kilometer. Sesampainya di Pusat komuniti lembah pantai terlihat 2 perserta lain My sudah sampai dan menunggu perserta lain. Apa yang di jadual kan pendakian Bukit pada jam 7 pagi tidak menjadi sama sekali kerana perserta wajib kami masih belom tiba.

Hampir 45 minit berlalu barulah perserta wajib kami tiba, bersiap-siap dan lakukan rengangan mudah kami pon sedia bergerak memulakan pendakian. Jumlah perserta kumpulan kami seramai 16 orang termasuk kanan-kanak dan umur yang paling muda adalah 6 tahun (Muhammad Adzbin Muaz) anak aku lah tu. 

Memulakan perjalanan dengan harapan setinggi Bukit Gasing he he he ia lah sedang mendaki bukit gasing ia tak. 

Ok kita cerita sikit tentang bukit gasing ini.

Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya,SelangorMalaysia. Antara tempat yang berhampiran ialah Bukit Kerinchi, Jalan Gasing, Jalan Templer, Bandar Baru Petaling Jaya, Kampung Pantai Dalam, Pantai DalamPetaling LamaTaman Bukit Angkasa dl

Hutan Simpan Penduduk berharap 52 hektar tanah milik kerajaan di situ agar diwartakan sebagai hutan simpan.Namun kerajaan tidak dapat menghalang pemaju swasta daripada melakukan pembangunan tetapi haruslah mengikut pelan yang di tetapkan oleh DBKL.

Bukit Gasing menjadi kawasan rekreasi kepada penduduk setempat . Pada waktu pagi dan petang, mereka berjoging dan mendaki bukit bersama ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan sebaya. Oleh itu, sebarang kerja pembangunan tanah di Bukit Gasing mendapat bantahan walaupun tanah itu milik persendirian.

Program Alam Flora Echo-EDU Leadership Camp Green Lung Legacy telah diadakan di Bukit Gasing 13 Mac 2012 . Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz turut hadir.Sebanyak 100 pokok hutan jenis Meranti Tembaga telah ditanam.



Begitu juga harapan kami agar Bukit Gasing terus dikekalkan sebagai Hutan Simpan Bandar yang akan memberikan manfaat kepada semua.



Pengembaraan 





Dia dah tak larat dah tapi dia teruskan jugak tahniah muaz, ramai yang ucap tahniah pada muaz kerana terus mendaki dan menurunu cerun tajam. 





Nanti sambung penat pingang adeh